Sunday, 3 June 2012

Belajar Bahasa Inggeris Interaktif secara Berkomputer!


Bahasa Inggeris merupakan bahasa global dalam perniagaan, teknologi dan komunikasi. 90% daripada bahan yang terkandung dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris.
Kelancaran dalam bahasa Inggeris memberi kelebihan yang besar dalam membina kerjaya anda. Ia dapat membantu dalam kenaikan pangkat, mendapat pekerjaan yang lebih baik dengan gaji lumayan dan pada masa yang sama anda disegani oleh keluarga dan rakan sepejabat anda.

Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap penurunan mutu Bahasa Inggeris dan menekankan pentingnya Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.
Melihat kepada matlamat ini, Linguaphone Malaysia telah melancarkan Kursus Bahasa Inggeris terbaru iaitu Multimedia English Eyespeak.

Ditubuhkan di London pada tahun 1901, Linguaphone telah menjadi pembekal utama alat belajar bahasa sendiri di dunia. Lebih 7 juta pelanggan telah berjaya mengunakan kaedah Linguaphone untuk menguasi bahasa. Sejak 10 tahun kebelakangan ini  lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia telah menguasai Bahasa Inggeris dengan kaedah Linguaphone.


Kursus Eyespeak yang baru ini menggabungkan Kursus Multimedia Linguaphone yang popular dengan perisian pengenalan suara (voice recognition) yang terbaru. Perisian ini perlu di instal dalam komputer dan pelajar dikehendaki rakam sebutan nya dalam komputer . Perisian ini akan membandingkan sebutan pelajar dengan sebutan asal dalam bentuk grafik. Perisan eyespeak juga akan memberikan maklumbalas dengan segera menyatakan kelemahan pelajar. Ini akan memberikan keyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris

Sistem Linguaphone lebih berkesan dibandingkan cara yang lain sebab ia mengunakan kaedah “grammar in context” iaitu Linguaphone menggalakkan para pelajar bertutur dahulu dan kemudian baru mendedahkan mereka dengan tatabahasa. Ia sama seperti kita mempelajari bahasa ibunda kita ,dimana kita belajar cakap bahasa ibunda kita sebelum menguasai tatabahasa.


Pelanggan kami terdiri daripadapelbagai golongan. Menurut salah seorang pelanggan Zuraida Mohammed  yang berkerja sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan di Kuala Lumpur , “ Kursus Eyespeak ini sangat praktikal dan mudah untuk menguasi Bahasa Inggeris sebab ia mengunakan computer yang membantu kita dalam memperbaiki sebutan tambahan pula ada terjemahan dalam bahasa Malaysia”

Kursus Multimedia Inggeris Eyespeak ini didatangkan dalam 2 versi, Multimedia Eyespeak A, yang direka untuk golongan permulaan bagi menyediakan asas yang kuat dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada Tahap 1 dan Tahap 2. Manakala Multimedia Eyespeak B pula sesuai bagi mereka yang boleh bercakap bahasa Inggeris yang mudah tetapi mahu meningkatkan kefasihan terutamanya ketika di tempat kerja. Ia meliputi Tahap 3 dan Tahap 4 . Selepas tamat kursus ini pelajar boleh menguasai lebih daripada 3,000 perkataan Inggeris.